GAZA CITY 30 Jan. – Pergerakan Hamas yang berjuang dalam tiga peperangan dengan Israel serta berdepan pengasingan kewangan, semalam menggesa penyokongnya menghantar dana menerusi Bitcoin. Seorang jurucakap sayap tentera pergerakan itu menghantar mesej dengan menggesa bantuan dihantar dalam bentuk mata wang maya itu. “Bantulah kewangan tentangan (Hamas) menerusi mata wang Bitcoin,” katanya. – AFP










