SAUDARA PENGARANG,
PEMBERIAN lesen motosikal percuma kepada belia seperti diumumkan dalam Bajet 2019 kerajaan negeri Terengganu bermula Januari tahun ini merupakan satu khabar amat menggembirakan.
Kemudahan ini pastinya akan membantu remaja-remaja daripada keluarga kurang berkemampuan kerana wang yang ada selama ini hanya cukup untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga.
Mereka juga dapat lebih berdikari tanpa memerlukan bantuan daripada ibu bapa dari segi pengangkutan.
Selain itu, ia dapat membantu para belia menambah ilmu pengetahuan tentang undang-undang jalan raya memandangkan sistem pengambilan lesen dahulu dan kini agak berbeza caranya iaitu terdapat rutin pemeriksaan motosikal (RPM) yang diuji kepada penunggang sebelum memulakan ujian teori di jalan raya.
Tambahan lagi, lesen motosikal secara percuma ini dapat mengurangkan kadar saman para belia yang selama ini menunggang tanpa lesen seterusnya menyediakan perlindungan insurans kepada setiap individu.
AINA NURNAJIHAH MAHARI
Universiti Sains Islam Malaysia










