Guru suspek amang seksual cuba bunuh diri dalam lokap - Utusan Malaysia

Guru suspek amang seksual cuba bunuh diri dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Seorang guru sains di sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang di sini yang direman semalam bagi membantu kes amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap pelajarnya kini dilaporkan parah selepas cuba membunuh diri di dalam lokap awal pagi tadi.

Difahamkan suspek yang berumur 40 tahun itu ditemui oleh anggota bertugas kira-kira pukul 12 tengah malam dalam keadaan lemah di dalam lokap di sini sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka. 

Menurut sumber, lelaki itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan akibat mengalami patah pinggang, namun berada dalam keadaan stabil. 

“Suspek dipercayai dengan sengaja telah memanjat jeriji lokap tersebut yang berketinggian kira-kira 3.6 meter bagi tujuan mencederakan dirinya.

“Kejadian disedari oleh anggota yang bertugas di lokap Balai Polis Alor Gajah dan suspek dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut. 

Semalam, guru lelaki berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun. 

Perintah reman sehingga 26 Januari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Melaka, Dorismah Mohd. Idris. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN