Guru, pelajar cedera akibat kemalangan - Utusan Malaysia

Guru, pelajar cedera akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 30 Jan. – Empat guru dan empat pelajar bernasib baik apabila hanya cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM12 Jalan Tawau-Merotai, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, kejadian berlaku pada 5.50 pagi apabila sebuah kereta jenis Toyota Vigo dipandu seorang guru lelaki berusia 43 tahun terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar Proton Exora dan Toyota Avanza yang masing-masing dipandu guru wanita berusia 46 dan 35 tahun.

“Pemandu Vigo ketika itu bersama dua pelajar perempuan berusia 15 dan 13 tahun dalam perjalanan dari Merotai ke bandar Tawau sebelum kenderaannya tergelincir ke kiri dan kenderaannya berpusing sehingga menyebabkan kemalangan.

“Selain pemandu, Toyota Avanza dinaiki seorang murid lelaki berusia tujuh tahun manakala Proton Exora pula dinaiki murid lelaki berusia 10 tahun,” katanya.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati serta mengurangkan kelajuan kenderaan berikutan musim hujan dan keadaan jalan yang licin. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN