KUANTAN 2 Jan. – Senyuman yang tidak lekang di bibir khususnya apabila disapa membuatkan seorang guru wanita berdarah kacukan Arab dan Siam disenangi murid-murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Isap di sini yang memulakan sesi persekolahan hari ini. Setiap kali disapa, Nor Shahifa Norlan, 26, pastinya melemparkan senyuman dan melayan kerenah murid terlibat dengan sabar membuatkannya mudah didekati mereka walaupun baru pertama kali bertemunya. Guru yang masih bujang dan…










