LOS ANGELES 15 Jan. – Lebih daripada 30,000 guru di sini bertindak meninggalkan tugas masing-masing dan menyertai mogok sebagai bantahan terhadap bayaran gaji yang dianggap rendah. Mereka berkumpul dalam hujan di luar City Hall sambil melaungkan slogan sebelum berarak menuju ke ibu pejabat daerah. Selain menuntut kenaikan gaji sebanyak 6.5 peratus, Kesatuan Guru Los Angeles (UTLA) mendesak pihak berwajib menambah bilangan pegawai perpustakaan, kaunselor dan jururawat di sekolah. Pada masa…










