Guna nama MBDJB, MBJB kutip derma - Utusan Malaysia

Guna nama MBDJB, MBJB kutip derma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Jan. – Majlis Belia Daerah Johor Bahru (MBDJB) mengesan satu perbuatan tidak bertanggungjawab seorang individu yang menggunakan nama MBDJB dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk menjalankan kutipan derma dan program.

MOHD. SIDEK ROSLAN
MOHD. SIDEK ROSLAN 

Pengerusinya, Mohd. Sidek Roslan berkata, surat yang didapati palsu dan meragukan itu menggunakan logo MBDJB, Muafakat Johor serta MBJB sekali gus memandang serius perkara itu kerana berkaitan kutipan dana.

“Pihak MBDJB ingin menegaskan bahawa kutipan tersebut tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pihak MBDJB mahu pun MBJB. Pihak kami amat memandang serius isu kutipan dana ini dan menafikan sekerasnya tindakan individu tersebut.

“MBDJB amat mengambil berat terhadap isu ini dan meminta orang awam yang didatangi atau menerima sebarang permohonan kutipan sumbangan untuk membuat segera laporan di balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurutnya, pihaknya menerima satu salinan surat palsu yang dihantar oleh seorang mangsa melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, susulan daripada itu, wakil MBDJB membuat laporan di Balai Polis Sentral pasa 5 petang semalam.

“Untuk makluman, MBDJB merupakan sebuah NGO berdaftar dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan merupakan satu gabungan Majlis Belia Negeri Johor.

“Pihak MBDJB tidak pernah melakukan mana-mana bentuk kutipan sumbangan melainkan dengan kebenaran pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia atau badan lain yang berkaitan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×