PADA 22 Januari lalu genap setahun saya menerajui Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) untuk pusingan kedua. Entah apa yang ‘merasuk’ saya untuk kembali menggalas tanggungjawab yang berat ini selepas kali pertama menanggungnya pada penggal 2014-2016. Saya sedar ini bukan satu tugas mudah kerana wartawan adalah golongan bijak pandai apatah lagi falsafah yang saya bawa amat berbeza. Saya melihat kelab ini bukan sekadar tempat ‘hora horey’, Kemudi harus lebih besar…









