KUALA LUMPUR 16 Jan. – Grab Holdings Inc. dan penyedia perkhidmatan insurans internet pertama di China, ZhongAn Online P&C Insurance Co. Ltd. (ZA Insurance) mengumumkan penubuhan sebuah syarikat usaha sama (JVC) bagi meneroka perniagaan pengedaran insurans digital di Asia Tenggara. Presiden Grab, Ming Maa berkata, JVC itu akan mewujudkan pasaran insurans digital yang menawarkan produk insurans inovatif dalam pelbagai kategori secara terus kepada pengguna menerusi aplikasi mudah alih Grab. Maa…










