Gigit tangan 2 remaja, gara-gara anjing - Utusan Malaysia

Gigit tangan 2 remaja, gara-gara anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AHMEDABAD 16 Jan. – Gara-gara pertelingkaran kecil disebabkan anjing jalanan, seorang lelaki berusia 25 tahun bertindak agresif dengan mengigit tangan dua remaja perempuan berusia 16 dan 17 tahun, di daerah Asanpur, di sini, Isnin lalu.

The Times of India melaporkan, dalam kejadian itu, lelaki tersebut, Maharufkhan Pathan yang tidak puas hati dengan tindakan seorang wanita berusia 50-an memberi makanan kepada anjing jalanan bertindak menegurnya dengan alasan anjing terbabit menyalak setiap kali memandangnya dan menghalang wanita tersebut untuk memberi makanan.

Apabila wanita itu tidak melayan lelaki itu, lantas dia hilang kawalan lalu mengigit pergelangan tangan dua anak perempuan wanita itu yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Lelaki itu kini ditahan polis untuk siasatan lanjut -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN