Gempa bumi kuat melanda Kepulauan Vanuatu - Utusan Malaysia

Gempa bumi kuat melanda Kepulauan Vanuatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Kepulauan Vanuatu kira-kira pukul 2.06 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, pusat gempa itu terletak 13.3 darjah Selatan dan 166.7 darjah Timur dan 304 kilometer (km) dari Lata, Kepulauan Solomon.

Sementara itu, gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina kira-kira 4.03 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak 171km Tenggara dari Davao, Filipina.

Bagaimanapun, kedua-dua gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN