Gempa 5.7 magnitud gegar barat laut Aceh - Utusan Malaysia

Gempa 5.7 magnitud gegar barat laut Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Gempa bumi dengan kekuatan 5.7 pada skala Richter menggegarkan barat laut Aceh, Sumatera Utara pagi tadi.

Gempa berpusat di 202 kilometer (km) Barat Laut Kota Sabang-Aceh itu berlaku pada pukul 9.53 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu turut dirasai di Banda Aceh dan Sabang.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan BMKG.

Belum terdapat laporan berkaitan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa setakat ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN