Lumrah menjadi seorang selebriti, hampir setiap gerak-geri pasti akan menjadi perhatian serta perbualan masyarakat biarpun jika difikirkan secara logiknya, ia bukanlah suatu isu besar. Baru-baru ini, penyanyi Ernie Zakri turut mengalami situasi yang sama apabila gaun merah yang disarungkan semasa persembahan pentas akhir Mentor 7 sebagai artis jemputan telah mengundang kecaman peminat apabila berkongsi penampilannya menerusi Instagram. Isunya adalah persalinan serba merah rekaan Amaze Altier tersebut dilihat seperti mencolok mata…










