LONDON 4 Jan. – Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick dan Heathrow akan menempatkan sistem pertahanan anti dron gred tentera bernilai berjuta-juta pound selepas peranti itu menyebabkan gangguan selama tiga hari di Gatwick, bulan lalu. “Walaupun saya tidak dapat menjelaskan secara terperinci tentang apa yang kita ada, saya dapat mengesahkan ini adalah pelaburan jutaan pound untuk memastikan kita berada pada tahap yang setara dengan yang disediakan oleh angkatan tentera,” jelas jurucakap…










