KUALA LUMPUR 6 Jan. – Beberapa kawasan di ibu negara akan mengalami masalah gangguan bekalan air ekoran pemberhentian tugas Loji Rawatan Air Bukit Nanas, di sini untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan tersebut akan bermula pada pukul 9 malam, 12 Januari hingga 11 malam, keesokan harinya. “Kawasan yang terlibat ialah Bukit…










