JOHOR BAHRU 8 Jan. – PANAHAN matahari yang terik tidak menghalang orang ramai menyerbu Festival Kraf Johor (FKJ) 2018 di Angsana Mall Johor Bahru, di sini baru-baru ini. FKJ 2018 yang diadakan selama 11 hari itu menawarkan produk kraftangan tempatan dari seluruh negara antaranya pakaian, hiasan rumah, makanan dan produk seni. Sepanjang 11 hari program itu, sebanyak 300 gerai yang menjual pelbagai produk kraf dibuka selain pelbagai aktiviti lain seperti Pameran Kraf Warisan, Sajian Makanan Tradisional, Pertandingan Jaguh Tempa 2.0, Cabutan Bertuah Mega dan i-Kraf. Dianggarkan berjumlah kira-kira 100,000 pengunjung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya