Fikir mudarat lebih besar - Utusan Malaysia

Fikir mudarat lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mencagarkan MyKad kepada pihak ke­tiga atas alasan kesempitan wang.

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, wang yang dipinjam daripada aktiviti cagaran itu tidak berbaloi kerana boleh mendatangkan kesan buruk yang lebih besar.

MOHD. YUSOF ABDUL RAHMAN
MOHD. YUSOF ABDUL RAHMAN 

“Mykad boleh disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti dalam kes pemalsuan dokumen mahupun jenayah lain sehingga menyebabkan orang lain yang tidak bersalah pula disabitkan kesalahan.

“Apatah lagi kalau kad pe­ngenalan diri itu digunakan untuk tujuan lebih besar se­perti meminjam wang dengan menggunakan nama orang lain sehingga menyebabkan orang yang memajak itu pula terpaksa menanggung beban hutang,” katanya ketika

NADZIM JOHAN
NADZIM JOHAN 

dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasil pendedahan eksklusif Utusan Malaysia pada 6 Disember lalu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kerana menjalankan aktiviti pajak MyKad sejak 10 tahun lalu bagi meraih keuntungan mudah di sebuah rumah kedai di Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan melihat situasi yang berlaku itu sebagai masalah sosial yang perlu ditangani segera.

“Kita bukannya berada di sebuah negara daif sehingga berlaku situa­si terdesak itu dan saya rasa pelik kejadian se­perti ini tidak sepatutnya berlaku di negeri yang majoritinya penduduk Islam.

“Jadi, perkara ini perlu dibanteras supaya tidak timbul masalah besar lain sehingga boleh menyebabkan keadaan huru-hara,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN