MELBOURNE 16 Jan. – Juara bertahan, Roger Federer melangkah ke pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka Australia buat kali ke-20 berturut-turut, hari ini, tetapi pilihan ketiga itu dipaksa bekerja keras sebelum mencipta kemenangan ke atas pencabar dari Britain, Dan Evans 7-6 (7/5), 7-6 (7/3), 6-3. Pemenang 20 kali Grand Slam yang tidak dimamah usia itu, memburu rekod kejuaraan ketujuh di Melbourne Park dan buat kali ketiga berturut-turut, mudah melepasi halangan Denis…









