Fabregas sedia ucap selamat tinggal - Utusan Malaysia

Fabregas sedia ucap selamat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 3 Jan. – Aksi Liga Perdana Inggeris menentang Southampton yang berkesudahan seri 0-0 hari ini mungkin mungkin adalah perlawanan terakhir buat Cesc Fabregas bersama Chelsea.

Pemain tengah Sepanyol itu kelihatan amat beremosi ketika meninggalkan Stamford Bridge, sambil beberapa kali dilihat memegang lencana di dada sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan.

Dia dibawa masuk pada minit ke-68 menggantikan Ross Barkley yang kurang berfungsi, namun kehadiran Fabregas gagal merubah nasib Blues.

Menurut akhbar Britain, pemain berusia 31 tahun itu semakin hampir untuk menyertai kelab Perancoa, Monaco dengan kontrak dua tahun setengah.

Bekas bintang Arsenal itu bakal tamat kontrak pada Jun, dan dibenarkan meninggalkan Chelsea bulan ini.

Akhbar Perancis, L’Equipe melaporkan Monaco sudah mencapai perjanjian bernilai 9 juta pound (RM46.76 juta), termasuk bonus untuk membawa masuk Fabregas.

Sekiranya perpindahan itu menjadi kenyataan, Fabregas akan bersatu semula dengan bekas rakan sepasukannya di Arsenal, Thierry Henry, yang kini membimbing Monaco. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN