Eric Liew tidak lagi bekerja dengan Cisco ASEAN - Utusan Malaysia

Eric Liew tidak lagi bekerja dengan Cisco ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Cisco ASEAN mengesahkan individu bernama Eric Liew yang terbabit dengan isu menghina Sultan Muhammad V di media sosial tidak lagi bekeraja dengan syarikat tersebut.

Cisco ASEAN dalam satu kenyataan malam tadi turut menyesal dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

“Cisco menghormati tradisi dan undang-undang Malaysia.  Kenyataan itu dibuat oleh pekerja dalam kapasiti peribadi dan tidak mewakili pandangan Cisco.

“Kami sangat menyesal atas sebarang kesulitan dan meminta maaf. Pekerja tersebut juga telah mengeluarkan permintaan maaf dan tidak lagi berkhidmat dengan syarikat ini,” kata Cisco ASEAN dalam satu kenyataan di Facebook.

Kenyataan tersebut tidak menyatakan sama ada Eric meletakkan jawatan atau dipecat. Kelmarin Eric didakwa memberikan komen jelek terhadap Sultan Muhammad V berhubung peletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah hantaran di media sosial.

Akibat berang dengan tindakan itu, rata-rata warganet menyerang laman Facebook Cisco ASEAN dengan mendesak syarikat tersebut mengambil tindakan terhadap Eric.

Eric kemudian dalam satu hantaran menerusi laman Facebook peribadinya memohon maaf atas komen jelek yang dilakukannya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong itu.

Kata Eric, beliau telah membuat komen tidak sepatutnya terhadap Sultan Muhammad V.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×