Enam strategi benam Liverpool - Utusan Malaysia

Enam strategi benam Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEP GUARDIOLA bakal berdepan ujian paling besar untuk mencatur taktikal apabila Manchester City menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool di Etihad, pagi esok (4 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Memetik sumber dalaman City, akhbar Britain, The Sun melaporkan, pengurus kelahiran Sepanyol itu sudah ada perancangan terperinci bagaimana hendak menundukkan anak-anak buah Jurgen Klopp yang masih belum tewas dalam saingan liga musim ini.

Skuad The Citizens juga sudah mengkaji bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold sebagai bahagian paling lemah yang mungkin boleh digunakan untuk menyerang Reds.

Berikut adalah 6 strategi utama Guardiola untuk berdepan Klopp. – AGENSI

1. ALISSON AKAN DITEKAN

City akan memberi tekanan habis-habisan kepada penjaga gol Liverpool, Alisson setiap kali bola menghampirinya.

Penjaga gol Brazil itu menunjukkan prestasi baik musim ini tetapi Guardiola percaya, City mampu mencetuskan suasana panik hingga memaksa Alisson melakukan kesilapan.

Guardiola bercadang meletakkan dua pemain berhampiran dengannya setiap kali Alisson menerima bola daripada pertahanan Liverpool.

2. EDERSON DIGALAK BUAT HANTARAN JAUH

Penjaga gol City, Ederson digalakkam menghantar bola jauh lebih kerap daripada biasa.

Guardiola melihat ini sebagai cara terbaik untuk menggendurkan tekanan yang akan diberi oleh trio peledak Liverpool, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Ederson perlu melakukan tendangan jauh, namun ia haruslah tepat kepada pemain mereka.

3. BAWA REDS DALAM PERANGKAP OFSAID

Pertahanan City diberitahu agar kekal di posisi yang membolehkan pemain Liverpool masuk dalam perangkap ofsaid.

Musim ini sahaja, Salah sudah 18 kali berada di kedudukan ofsaid manakala Mane 14. Secara keseluruhan Reds mencatat 42 ofsaid.

4. KEVIN DE BRUYNE AMBIL SEPAKAN PENJURU

Guardiola bimbang melihat kualiti sepakan penjuru yang diambil oleh Riyad Mahrez dan Leroy Sane sejak beberapa minggu ini.

De Bruyne diberi arahan untuk menjadi pengambil tendangan penjuru manakala

Aymeric Laporte bersiap sedia di depan gawang lawan.

5. DANILO ISI POSISI BEK KIRI

Danilo akan mengisi posisi bermasalah, bek kiri ekoran ketiadaan Benjamin Mendy dan Fabian Delph.

Pemain Brazil itu dipilih kerana dia juga mampu membantu serangan berbanding Alex Zinchenko, selain lebih berpengalaman untuk berdepan situasi serangan balas.

Danilo juga akan digunakan untuk memberi tekanan kepada bahagian paling lemah dalam Liverpool, Alexander-Arnold.

6. MENYERANG TANPA HENTI

Setiap kali mendapat bola, Guardiola mahu pemainnya menyerang kubu lawan secara berterusan dan elak membawa bola kembali ke belakang.

Guardiola mahu City menyerlahkan kekuatan sebenar jentera serangan mereka, terutama dengan kepulangan De Bruyne, David Silva dan Fernandinho di bahagian tengah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN