KUALA LUMPUR 1 Jan. – Kementerian Kesihatan akan menggunakan pendekatan pendidikan dan penerangan holistik dalam tempoh enam bulan pertama larangan merokok di premis makanan, dan selepas itu, barulah mengenakan tindakan denda terhadap perokok yang masih ingkar. Menterinya Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) biasa bagi membolehkan orang awam dapat lebih memahaminya sebelum sesuatu hukuman dilaksanakan. Kementerian, katanya, tidak akan mengenakan hukuman segera tetapi…










