Empat nelayan berjaya diselamatkan - Utusan Malaysia

Empat nelayan berjaya diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Jan. – Dua bot yang membawa empat nelayan terbalik berhampiran Berjaya Waterfront Hotel, Stulang Laut, di sini pagi tadi.

Orang awam yang menyaksilan kejadian itu mwnghubungi Maritime rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru menerusi panggilan MERS 999 pada pukul 11 pagi.

Bertindak atas maklumat tersebut MRSC Johor Bahru mengaktifkan Operasi Carilamat dan menghantar bantuan ke lokasi kejadian.

Dua bot yang dinaiki Mazil Melojah, 33, Thommi Ahin,33, Sulaiman Abu Hashim,34, dan Elias Hashim, 50, terbalik ketika cuba menarik pukat yang dipenuhi ikan.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abd. Rashid berkata, kesemua mangsa diselamatkan manakala bot mangsa ditarik ke pantai berhampiran tempat kejadian sebelum ditimbulkan semula.

“Punca kejadian dipercayai akibat beban jaring mangsa yang berat semasa ditarik ke dalam bot dan ditambah dengan keadaan laut yang agak bergelora.

“Turut terlibat dalam operasi ini adalah agensi penyelamat dari Maritim Malaysia, polis marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta Lembaga Pelabuhan Johor.

“Kesemua mangsa dilaporkan tiada mengalami kecederaan dan dibenarkan pulang ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN