BRASILIA 26 Jan. – Pasukan penyelamat Brazil bertungkus lumus mencari kira-kira 300 orang yang dilaporkan hilang dalam insiden empangan runtuh di sebuah lombong bijih besi di tenggara negara ini, semalam. Gabenor tempatan berkata, sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan di Belo Horizonte, negeri Minas Gerias ketika menyifatkan peluang mangsa terselamat adalah tipis. Kira-kira 100 anggota bomba dikerah untuk membantu usaha menyelamat mangsa ketika limpahan deras lumpur daripada empangan tidak aktif itu menuju pekan Brumadinho yang dihuni kira-kira 39,000 orang penduduk. Namun, air berlumpur itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya