Kanak-kanak lemas dalam kolam, kembali ke rahmatullah

Kanak-kanak lemas dalam kolam, kembali ke rahmatullah

ALLAHYARHAM AHMAD FIRDAUS IQBAL AHMAD RIDZUAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selepas lebih dua hari bertarung nyawa, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemukan lemas di kolam renang sebuah inap desa di Taman Kota Shahbandar di sini, meninggal dunia pagi tadi.

Bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, mengesahkan poster makluman pihak sekolah mengenai pemergian Ahmad Firdaus Iqbal.

“Ya, (benar anak saya telah meninggal dunia),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Hospital Melaka telah menyerahkan jenazah kepada waris sekitar pukul 12.05 tengah hari.

“Jenazah telah dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor untuk urusan pengebumian,” katanya.

Ahad lalu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan lemas di kolam renang di Taman Kota Shahbandar.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Zahery Mohd. Zailani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.45 pagi.

Menurutnya, lapan anggota bersama tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi dan mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dari kolam.

Mangsa dihantar ke Hospital Melaka dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU) dalam keadaan kritikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×