KUALA LUMPUR – Selepas mengakui gambar tidak bertudung dan memeluk seorang lelaki adalah dirinya, pelakon Emma Maembong tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagramnya.
Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, turut mengakui kelalaian sendiri dan terpanggil untuk meminta maaf daripada semua pihak yang terkesan dengan perbuatannya walaupun sedar, kemaafan sebenar harus dipohon ke hadrat Ilahi.
Pelakon Kimchi Untuk Awak itu juga merayu agar netizen menghentikan kecaman terhadap keluarga dan rakan-rakannya.
“Salam semua. Saya nak minta maaf atas salah saya lalai. Bukan salah kawan, keluarga atau sesiapa kerana diri saya sendiri yang lalai.
“Maafkan saya. Terima kasih kepada yang memberi nasihat dan masih menyokong saya. Sayang anda semua,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, Kosmo! Online mendedahkan dua keping gambar didakwa mirip wajah Emma bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.
Dua keping gambar berkenaan menunjukkan wanita mirip Emma yang tidak bertudung memeluk leher Syed Abdullah, manakala sekeping lagi, berada di celah kangkang lelaki terbabit sambil memegang telefon bimbit dengan paha yang terdedah. – K! ONLINE










