Emma Maembong mengaku buka tudung, nafi berduaan dalam bilik - Utusan Malaysia

Emma Maembong mengaku buka tudung, nafi berduaan dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon, Emma Maembong akhirnya mengaku sekeping gambar yang didakwa miripnya yang tidak bertudung adalah dirinya.

Dalam akaun Instagram peribadi selebriti itu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 27, telah membalas komen peminatnya yang enggan mempercayai kewujudan gambar berkenaan.

Gambar panas itu mengundang pelbagai reaksi peminat apabila dia bukan sahaja tidak bertudung, malahan berpelukan dengan abang kepada salah seorang menteri Kabinet iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30.

Pelakon drama rantaian, Yess Boss itu bagaimanapun, menafikan sekeping lagi gambar berdua-duaan yang dipercayai dirakam di dalam sebuah bilik bersama Syed Abdullah adalah dirinya.

emma
Emma turut menafikan sekeping lagi gambar berdua-duaan yang dipercayai dirakam di dalam sebuah bilik bersama Syed Abdullah adalah dirinya.

 

“Yes akak, tu Emma. Just gambar dalam bilik bukan. Rambut pun tak sama. I’m sorry ya,” katanya ringkas.

Terdahulu, Kosmo! Online menerima sekeping gambar yang didakwa mirip Emma dan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama Syed Abdullah. Malah, pada 19 Januari lalu, Emma ada memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai dengan ucapan selamat hari jadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×