Ee Yi-Yew Sin buat perhitungan akhir - Utusan Malaysia

Ee Yi-Yew Sin buat perhitungan akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Selepas menjadi satu-satunya wakil negara di pentas final, pasangan beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bersedia untuk membuat perhitungan dengan gandingan No.1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo bagi merebut kejuaraan Siri Jelajah Dunia Super 500 Malaysia Masters, esok.

Ee Yi-Yew Sin melangkah ke pentas final selepas menang 21-6, 18-21, 21-19 ke atas rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, manakala, Marcus-Kevin menundukkan satu lagi wakil negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong 21-18, 24-22.

Ee Yi berkata, wakil Indonesia itu merupakan pemain handalan dunia yang memiliki pengalaman luas, tetapi, dia percaya peluang mereka ada walaupun lawan adalah pilihan bagi meraih kejuaraan.

Jelasnya, sepanjang kejohanan, mereka banyak mempamerkan peningkatan tetapi memerlukan strategi terbaik untuk menentang lawan seperti Marcus-Kevin sekiranya berhajat menjadi juara.

“Kami kena bangkit dengan strategi terbaik untuk lawan mereka kerana Marcus-Kevin adalah pemain No. 1 dunia dan memiliki pengalaman luas.

“Bagaimanapun, peluang tetap 50-50 buat kami, jadi sudah pasti kami akan berikan saingan sengit kepada mereka,” katanya ketika ditemui di Axiata Arena di sini, hari ini.

Harapan untuk menyaksikan lebih ramai wakil negara ke pentas final tidak kesampaian selepas beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, perseorangan wanita serta lelaki, Goh Jin Wei dan Liew Daren tersingkir di separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN