PUTRAJAYA 29 Jan. – Kementerian Kewangan akan memberi penjelasan terperinci mengenai kedudukan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau mengakui bahawa sebagai kerajaan baharu, terdapat menteri-menteri yang mengeluarkan kenyataan berbeza dalam perkara tersebut. “Kita akan baiki kesilapan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Semalam, Dr. Mahathir meminta semua…










