Dua warga Bangladesh maut dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Dua warga Bangladesh maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Dua warga Bangladesh maut selepas basikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan di jambatan Jalan Syed Abdul Aziz di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu, mangsa Said Abu, 24, dan Hossain Khokan, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, salah seorang mangsa dijumpai di bahu jalan manakala seorang lagi ditemui di bawah jambatan berkenaan dipercayai terpelanting akibat rempuhan.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa basikal yang dinaiki dua mangsa cuba melintas dari kiri ke kanan jalan sebelum dilanggar oleh sebuah kenderaan disyaki sebuah kereta ke arah Kota Shah Bandar.

“Akibat kemalangan, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian dengan salah seorang ditemui di bawah jambatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bagaimanapun sehingga kini kenderaan terlibat masih belum tampil membuat laporan.

“Pihak polis meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat tentang kemalangan tersebut menghubungi pegawai penyiasat kes atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Jelasnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN