BATU GAJAH 3 Jan. – Dua sahabat berdepan hukuman mati di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pekerja ladang lembu warga Bangladesh di Kampung Gajah, 15 Disember lalu. Mohamad Amier Amzar Mohamad Aspar, 22, dan Muhammad Noor Izwan Mat Zamin, 19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan selesai dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Fitri Sadarudin. Kedua-dua tertuduh…










