PARIS 20 Jan. – Dua maut manakala 22 lagi cedera dalam kejadian kebakaran di bangunan pekerja bermusim di sebuah pusat peranginan ski di Courchevel, awal pagi ini.
DUA maut manakala 22 cedera dalam kebakaran di sebuah pusat peranginan ski di Courchevel, Perancis.
BBC melaporkan, empat daripadanya dilaporkan cedera parah dalam kejadian kebakaran yang membabitkan tiga bangunan di rumah peranginan tersebut.
Sebanyak 70 anggota bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran namun punca kejadian masih belum diketahui.
Media tempatan melaporkan bangunan tersebut menempatkan kira-kira 60 pekerja resort. -AGENSI









