Dua kebakaran dalam tempoh enam jam di Tawau - Utusan Malaysia

Dua kebakaran dalam tempoh enam jam di Tawau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Dalam tempoh enam jam, dua kebakaran berlaku di daerah ini memusnahkan dua rumah setinggan di Kampung Sri Aman dan bahagian dapur sebuah rumah di Kuhara Court.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.49 malam mengenai kebakaran di kawasan setinggan, Kampung Sri Aman dan menghantar empat jentera bersama 17 anggota.

Katanya, kebakaran di kawasan itu memusnahkan dua rumah setinggan atas air dan anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

Menurutnya operasi memadam api terkawal pada pukul 10.13 malam dan tamat sepenuhnya pada 11.19 malam serta tiada laporan kecederaan.

Sharudy berkata, pada pukul 5.24 pagi, pasukan bomba menerima satu lagi panggilan daripada orang awam mengenai kebakaran di bahagian dapur, sebuah rumah di tingkat 2, Kuhara Court, Jalan Kuhara. – Bernama

tawau
Sebanyak dua rumah papan terbakar sepenuhnya namun tiada mangsa dilaporkan cedera. – Foto oleh Bernama
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN