KUALA LUMPUR 3 Jan. – Majlis Sukan Negara (MSN) akan membincangkan hala tuju beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dalam persediaan mereka ke Sukan Olimpik 2020, minggu depan. Walaupun pasangan tersebut sudah meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), namun mereka masih memiliki ranking dunia yang baik dan berpotensi beraksi pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail…










