KUALA LUMPUR 1 Jan. – Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan di Batu 29, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Tanah Perkuburan Islam Sungai Choh, Rawang dekat sini pagi tadi. Dalam kejadian pukul 6.17 pagi itu, mangsa, Shamsor Kamar Jamberi, 43, dan anaknya, Nor Shahira, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata, kemalangan…










