“KEJAYAAN tidak akan datang bergolek. Tiada impian dapat dicapai tanpa kesungguhan dan usaha gigih. Itulah antara kata-kata Dr. Muhammad Hafiz Zainal, 26, atau lebih dikenali sebagai Dr. Hafiz Zainal ketika ditanya bagaimana beliau mampu mengekalkan kecemerlangan akademik sehingga berjaya bergelar doktor dan dalam masa sama bergiat aktif dalam dunia nyanyian. Dr.Hafiz yang kini bertugas sebagai pakar bedah mulut dan maksilofasial di Bahagian Kesihatan Pergigian, Hospital Tunku Ja’afar, Seremban mula melibatkan…










