MIRI – Seorang doktor wanita di sini kerugian RM5,500 diperdayakan oleh seorang individu menyamar sebagai polis dari Muar,Johor pada Isnin lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa yang berusia 27 tahun dihubungi individu berkenaan bernama Irwan Hapis bertugas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muar menggunakan telefon bimbit 016-8556592. “Mangsa diberitahu terlibat dalam kes langgar lari melibatkan sebuah kereta sewa yang didaftar atas…










