Djokovic, Tsonga buat perhitungan di Terbuka Australia - Utusan Malaysia

Djokovic, Tsonga buat perhitungan di Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 15 Jan. – Novak Djokovic memulakan pemburuan gelaran Terbuka Australia dengan menewaskan pemain di ranking ke-230, Mitchell Kruger dan akan bertemu Jo-Wilfried Tsonga di pusingan kedua.

Pemain No. 1 itu mara ke pusingan kedua 13 kali berturut-turut dengan menewaskan pemain dari pusingan kelayakan, Kruger dengan keputusan 6-3, 6-2, 6-2 di Arena Rod Laver, sebentar tadi. Itu merupakan penampilan ke-300 Djokovic dalam Grand Slam.

“Bermain menentangnya buat kali pertama saya tidak tahu nak menjangkakan apa-apa. Dia amat kompetitif dan memaksa saya bekerja keras,” katanya.

Dalam pada itu, bekas pemain No. 1 dunia, Tsonga yang terpaksa direhatkan selama tujuh bulan pada musim lalu gara-gara kecederaan lutut memerlukan wildcard untuk menyertai kejohanan ini selepas rankingnya jatuh merundum daripada kedudukan 200 teratas.

“Dia bergelut dengan masalah kecederaan sejak kebelakangan ini. Bagus untuk kembali bertemu dengannya,” kata Djokovic lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×