Djokovic cipta sejarah baharu - Utusan Malaysia

Djokovic cipta sejarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE – Pemain No. 1 dunia dari Serbia, Novak Djokovic mencipta sejarah baharu sebagai pemenang terbanyak Grand Slam Terbuka Australia selepas meraih gelaran ketujuh apabila mudah menewaskan musuh ketatnya, Rafael Nadal 6-3, 6-2, 6-3 pada aksi final di Arena Rod Laver semalam.

Djokovic, 31, cuma memerlukan masa dua jam dan empat minit untuk mencatatkan kemenangan ke atas bintang tenis dari Sepa­nyol itu berbanding pertarungan epik lima set yang berlangsung selama enam jam antara mereka berdua sewaktu final Terbuka Australia 2012.

Ia membolehkan Djokovic memintas pemain No. 3 dunia, Roger Federer dan legenda tenis, Roy Emer­son yang masing-masing telah memenangi enam kejuaraan di Terbuka Australia.

Djokovic yang kini sudah memenangi 15 gelaran Grand Slam menyifatkan kemenangan tersebut amat bermakna buat dirinya selepas bergelut untuk menampilkan prestasi terbaik disebabkan masalah kecedera­an tahun lalu.

“Saya tidak dapat menggambarkan ke­gembiraan sekarang kerana 12 bulan lalu saya menjalani pembedahan tetapi saya masih mampu berdiri di sini untuk memenangi gelaran ini.

“Walaupun tenis adalah sukan individu tetapi saya tidak akan memenanginya tanpa sokongan dan toleransi daripada pasukan saya. Anda semua berjaya mencipta semula formula kemenangan buat saya,” kata Djokovic.

Gelaran ke-15 Grand Slam itu memboleh­kan Djokovic memintas Pete Sampras untuk menduduki kedudukan ketiga memegang rekod Grand Slam terbanyak dan kini berpeluang mengejar Federer (20 Grand Slam) dan Nadal (17 Grand Slam).

Sementara itu, Nadal, 32, mene­rima kekalahan kepada Djokovic dengan hati terbuka sambil mengakui segalanya serba tidak menjadi buat dirinya pada aksi final tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×