Diskaun 30 peratus kadar tol sempena Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

Diskaun 30 peratus kadar tol sempena Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Pengguna Lebuhraya Cheras-Kajang akan menikmati pemberian diskaun 30 peratus kadar tol bermula pukul 12.01 tengah malam pada 5 Februari ini.

Pengarah Eksekutif Grand Saga Sdn. Bhd., Chee Lean Thong berkata, pihaknya turut melakukan pemberian diskaun 15 peratus kadar tol di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru untuk semua kelas kenderaan pada tarikh yang sama.

“Pemberian diskaun ini akan berakhir sehingga 11.59 malam pada tarikh tersebut dan kita berharap semua pengguna lebuh raya untuk sentiasa mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan sepanjang musim perayaan ini.

“Kita turut menawarkan diskaun pada kadar yang sama sempena tiga perayaan utama yang lain seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali dan Hari Krismas.,” katanya dalam sidang akhbar sempena kempen keselamatan Tahun Baharu Cina 2019 anjuran Grand Saga Sdn. Bhd. di Plaza Tol Batu 11, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Datuk Aziz Abdullah serta Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×