PUTRAJAYA 2 Jan. – Pengerusi Jaringan Sukarelawan Malaysia, Hizatul Isham Abdul Jalil kan memfailkan saman ke atas pihak yang menyingkirkannya daripada kumpulan WhatsApp Persatuan Penduduk Presint 10 di sini. Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu bentuk diskriminasi terhadapnya kerana sering berkongsi bahan-bahan dan artikel mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, dia tidak lagi boleh menghantar mesej dan mengikuti perkembangan aktiviti kejiranan…










