Diplomat Korea Utara hilang - Utusan Malaysia

Diplomat Korea Utara hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 4 Jan. – Seorang diplomat Korea Utara yang berkhidmat sebagai pemangku duta di Itali dilaporkan hilang menurut seorang ahli parlimen Korea Selatan semalam selepas sebuah akhbar di selatan melaporkan duta itu cuba mendapatkan suaka politik di Barat.

Menurut Kim Min-ki, Jo Song-gil, 48, hilang bersama isterinya selepas meninggalkan kedutaan tanpa sebarang makluman November lalu.

Akhbar JoongAng Ilbo yang memetik sumber diplomatik yang enggan didedahkan melaporkan bahawa, Song-gil memohon suaka politik di sebuah negara Barat yang dirahsiakan dan kini berada di lokasi selamat bersama keluarganya di bawah perlindungan kerajaan Itali.

Sumber kanan diplomatik di Rom berkata, kementerian luar Itali tidak dimaklumkan mengenai laporan itu.

Sumber lain berkata, kementerian tiada rekod yang menunjukkan bahawa Song-gil memohon suaka politik di Itali. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×