TEMPOH dua dekad bergelar anak seni, pemilik nama sebenar Hasliah Abu Hasan, 37, mengakui dirinya terperangkap antara prinsip kendiri dan tuntutan pasaran tempatan. Kebanjiran pendatang baharu ditambah pula peralihan selera pendengar, memaksa Alyah bergelut merencana strategi untuk kekal relevan dalam industri. Lima tahun juga dia terpinggir dalam radar industri dan tempoh tersebut hampir sahaja membuatkan pelantun lagu Jutaan Purnama itu mengundurkan diri daripada arena seni suara. Ironinya, memegang status sebagai…










