Dicekup ketika lerai motosikal curi - Utusan Malaysia

Dicekup ketika lerai motosikal curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Dua sahabat yang sedang leka meleraikan sebuah motosikal curi di rumah salah seorang daripada mereka di Permatang Rawa, Bukit Mertajam di sini terkejut dengan kehadiran anggota polis kelmarin.

Dalam Ops Lejang kira-kira pukul 4 petang itu, suspek berusia 20 dan 21 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan kes kecurian motosikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kegiatan berkenaan.

“Suspek berusia 21 tahun itu me­ngaku terlibat dalam jenayah curi motosikal manakala suspek berumur 20 tahun pula mengaku membantu meleraikan motosikal dicuri.

“Pihak polis turut merampas dua chasis motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah dan biru, enjin motosikal, sepasang rim dan beberapa barang lain,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN