WASHINGTON 4 Jan. – Demokrat yang kini menguasai Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) dilihat tidak membuang untuk ‘melancarkan kuasa baharu’ mereka apabila meluluskan undang-undang yang disokong Speaker, Nancy Pelosi untuk menamatkan krisis penutupan operasi atau ‘shutdown’ sebahagian agensi kerajaan.
Perkara itu dilakukan sambil mengabaikan tuntutan Presiden Donald Trump untuk pembinaan tembok sempadan AS-Mexico sebanyak AS$5 bilion (RM20.6 bilion).
Hari ini menandakan hari pertama berlakunya ‘divided government’ atau terma di mana sebuah parti mengawal kepresidenan manakala parti lain menguasai Kongres di Washington sejak Trump menjadi Presiden pada Januari 2017.
Terma itu menunjukkan Demokrat kini menguasai Dewan Perwakilan daripada Republikan yang masih ‘berperanan’ di Dewan Senat.
Kongres 2019-2020 bersidang kira-kira satu perempat daripada kerajaan Persekutuan tidak beroperasi, menjejaskan 800,000 staf, dalam krisis ‘shutdown’ yang dicetuskan oleh tuntutan Trump pada bulan lalu untuk pembiayaan tembok sempadan AS-Mexico – yang ditentang Demokrat.
Dewan Perwakilan secara rasmi melantik Pelosi, veteran Demokrat, sebagai Speaker. – REUTERS










