De Gea jadi bualan ramai - Utusan Malaysia

De Gea jadi bualan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK sehari, dua hari ini, nama penjaga gol Manchester United, David de Gea menjadi bualan dalam kalangan penyokong setia Red Devils selepas dia mempamerkan aksi menakjubkan ketika membantu pasukannya menewaskan Tottenham 1-0 di Stadium Wembley, Isnin lalu.

Manakan tidak, sebanyak 11 percubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Spurs dalam babak kedua perlawanan Liga Perdana Inggeris itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Sepanyol tersebut.

Ekoran kecemerlangan itu, De Gea turut mendapat pujian daripada pengurus sementara United, Ole Gunnar Solskjaer yang menyifatkan pemain itu sebagai penjaga gol terbaik di dunia, malah, keputusan tersebut juga menyaksikan Red Devils berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos buat kali kedua berturut-turut, musim ini.

De Gea menyelamatkan empat percubaan daripada penyerang Spurs, Harry Kane, manakala tiga daripada Delle Alli dan masing-masing satu dilakukan Son Heung-min, Fernando Llorente dan Toby Alderweireld.

Berikutan persembahan memukau yang dipamerkan De Gea itu, penyokong United menzahirkan sokongan dan penghargaan kepada penjaga gol kesayangan mereka dengan memuat naik gambarnya di laman sosial. Sebanyak 348,000 tanda pagar iaitu #De Gea telah digunakan peminat di seluruh dunia setakat pukul 4 petang, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN