KUALA LUMPUR 30 Jan. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan sistem Penyerahan Bersepadu Kuala Lumpur (KLIS) untuk semua permohonan berskala kecil kediaman berkuat kuasa 15 Januari lalu. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, KLIS merupakan satu sistem elektronik untuk pemaju membuat penyerahan dan memproses permohonan secara dalam talian melibatkan permohonan kelulusan perintah pembangunan, pelan bangunan dan pelan kejuruteraan. “KLIS bercirikan ‘online submission’, ‘online processing’, ‘online…










