DBKL: Cabaran penguat kuasa - Utusan Malaysia

DBKL: Cabaran penguat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
Mendisiplinkan warga kota untuk patuh pada peraturan bukan tugas mudah bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dengan kekuatan seramai kira-kira 2,200 anggota penguat kuasa, setiap anggota secara purata perlu menjaga kira-kira 2.6 juta penduduk. Sudah tentu pelbagai kerenah dan
rintangan terpaksa dihadapi sewaktu melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

Wartawan Utusan Malaysia, NIK HAFIZUL BAHARUDDIN menemubual Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, AZMAN MAHMOOD untuk mengetahui cabaran dan panca roba yang dihadapi setiap anggotanya dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan.

UTUSAN MALAYSIA: Apakah bentuk cabaran sewaktu menjalankan tugas?

AZMAN MAHMOOD: Cabaran yang paling ketara berlaku setiap kali melakukan operasi. Ada anggota yang dipukul, dimaki dan terbaharu ada yang disembur dengan serbuk cili ketika operasi di Pasar Borong Selayang.

Selain pelbagai bentuk ancaman fizikal, anggota penguat kuasa turut berdepan dengan persepsi negatif masyarakat yang beranggapan DBKL sengaja ‘cari pasal’ apabila mengambil tindakan kepada golongan peniaga. Sedangkan jika penguatkuasaan tidak dijalankan, masalah dan isu perbandaran akan berleluasa dan tidak terkawal.

Cabaran lain termasuk kebocoran maklumat akibat kelemahan integriti anggota serta campur tangan pihak luar seperti tonto yang sentiasa mengawasi pergerakan kami.

Bagaimana pihak tuan me­ngatasi tekanan daripada semua cabaran yang timbul?

Pendekatan DBKL sebelum tindakan penguatkuasaan banyak bersifat penglibatan secara mesra iaitu melalui cara perbincangan, rundingan, amaran sehinggalah tindakan denda. Ini penting untuk menjaga keharmonian semua pihak.

Ini penting kerana ka­dang-kadang anggota turut berdepan dengan emosi dalam tindakan pe­nguatkuasaan akibat keletihan be­kerja tanpa mengira waktu, berpanas dan berhujan. Jadi pen­ting bagi kami menerapkan konsep yang lebih berdiplomasi.

Difahamkan DBKL turut mengadaptasi teknologi drone dalam usaha membanteras ke­giatan haram?

Penggunaan drone telah kami laksanakan sejak tahun lalu untuk menangani isu tertentu seperti masalah setinggan, penyalahgunaan tanah dan pasir selain aktiviti di tapak pembinaan dan pembuangan sampah haram. Kaedah ini sangat membantu terutama untuk mengumpul bukti sebelum tindakan diambil. Di Kuala Lumpur sahaja, terdapat sekurang-kurangnya 300 tapak pembinaan yang perlu dipantau.

Kaedah ini juga digunakan oleh Skuad Penyelamat di bawah jabatan kami dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh. Penggunaan drone akan diperkasakan lagi pada tahun ini kerana keupayaannya.

Apakah pembaharuan dalam sistem tunda kenderaan?

Kaedah tunda yang digunakan sebelum ini perlu dipinda kerana pemilik tidak dimaklumkan mengenai tindakan itu menyebabkan mereka panik sehingga ada yang membuat laporan kepada polis.

Sistem baharu nanti perlu dilakukan secara bersistematik mi­salnya dengan memaparkan papan tanda atau notis pemberitahuan berhampiran kawasan kereta ditunda.

Berapakah jumlah kutipan kompaun dalam sehari?

Sebanyak 3,000 hingga 5,000 kompaun dikeluarkan oleh DBKL setiap sehari atas pelbagai kesalahan. Namun wang ringgit bukanlah matlamat utama kami sebagai pihak berkuasa tempatan. Pada tahun lalu, kami berjaya me­ngutip sebanyak RM26.1 juta melibatkan kompaun bagi pelbagai jenis kesalahan.

Kutipan itu berjaya mencapai 90 peratus daripada daripada sasaran kutipan sebanyak RM27 juta pada tahun lalu. Tahun ini kami harapkan jumlah itu akan meninggatkan kepada

Ini bermakna jabatan kami menyumbang kira-kira 90 peratus daripada sasaran DBKL iaitu sebanyak RM27 juta melalui hasil kutipan daripada warga kota. Pada tahun ini pula, kami menyasarkan jumlah kutipan meningkat 20 peratus daripada RM26 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN