DBKL baik pulih jalan rosak di Pantai Dalam - Utusan Malaysia

DBKL baik pulih jalan rosak di Pantai Dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Kerosakan laluan utama penduduk di Jalan Pantai Dalam, Lembah Pantai di sini yang berlubang diturap semula oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

DBKL melalui laman Facebook berkata, tindakan itu diambil untuk memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya bebas daripada risiko yang boleh memudaratkan.

Pada 23 Januari lalu, Utusan Malaysia dalam ruangan Yang Jelik melaporkan kerosakan teruk di laluan utama Jalan Pantai Dalam yang boleh mengundang bahaya kepada orang ramai terutama penunggang motosikal- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN