KUALA LUMPUR 24 Jan. – Berita pemilihan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini diterima baik rakyat Malaysia. Dalam media sosial, kebanyakan rakyat menyambut pengumuman itu dengan komen positif, termasuklah laungan Daulat Tuanku dan Allahuakbar. “Alhamdulillah syukur. Daulat Tuanku. Semoga negara tenang di bawah pemerintahan Tuanku (Yang di-Pertuan) Agong. Amin,” tulis seorang pengguna Facebook, Bob Megat.…










